-
22
Mar

Dia lah yang comel, dia lah yang mantap, dia juga pelakon yang handal. Sekarang dah nak jadi penyanyi. Bagus… bagus…
Introducing lagu pertama Liyana Jasmay – Aku Tak Percaya Cinta.
15 com
Dia lah yang comel, dia lah yang mantap, dia juga pelakon yang handal. Sekarang dah nak jadi penyanyi. Bagus… bagus…
Introducing lagu pertama Liyana Jasmay – Aku Tak Percaya Cinta.
15 com
Apa sudah nak jadi? Ramai yang cuba untuk berprasangka baik, walaupun hakikat nya, ramai yang mushkil. Bak kata cikgu TK, kalau nak bergurau tu, berpada-pada lah. Tak perlu tunjuk yang kita ni open-minded, sebab bukan semua manusia kat muka bumi ni open-minded. Kalau di paksa sekali pun untuk melakukan aksi gurauan seperti dalam gambar di atas, kalau kita peka terhadap keadaan sekeliling, kita boleh elak. Biar lah orang kata kita sombong dan tak sporting, janji orang tak mengata benda yang bukan bukan. TK pun dah mula pikir lain, ye lah, TK manusia biasa, aksi seperti itu, memang jarang dilakukan oleh seorang lelaki kepada kawan. Kalau dekat ayah sendiri, tak de lah kisah sangat. Apa apa pun, Nabil Raja Lawak kata “Lu Pikir Lah Sendiri”.
p.s: Walaupun Bob AF2 famous dengan tagline nya “Mesra”, dan juga kelembutan dia, tapi dia belum lagi mesra seperti di atas ye.
Bank Negara Serbu Empat Syarikat Disyaki Terlibat Dalam Kegiatan Pengambilan Deposit Haram
KUALA LUMPUR, 13 Okt (Bernama) — Bank Negara Malaysia menyerbu empat syarikat hari ini yang disyaki terlibat dalam kegiatan pengambilan deposit secara haram dan pengubahan wang haram.
Dalam satu kenyataan hari ini, Bank Negara berkata empat syarikat itu ialah Buluhmas Enterprise Sdn Bhd, Jazmeen (M) Sdn Bhd, Noradz Travel and Services Sdn Bhd dan Eastana Farm Industries Sdn Bhd, yang beroperasi di Kuala Lumpur, Selangor dan Negeri Sembilan.
Aset-aset dan dokumen bekaitan syarikat itu dirampas untuk tujuan penyiasatan.
Serbuan itu dibuat berikutan aduan orang ramai.
Bank Negara akan menjalankan siasatan ke atas operator syarikat terbabit mengikut Seksyen 25(1) Akta Institusi Kewangan dan Perbankan (BAFIA) 1989 dan Seksyen 4(1) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram dan Pencegahan Pembiayaan Keganasan (AMLATFA) 2001.
Jika sabit kesalahan, operator skim berkenaan boleh dipenjara tidak lebih 10 tahun atau denda tidak lebih RM10 juta atau kedua-duanya mengikut BAFIA.
Denda tidak melebihi RM5 juta atau penjara tidak lebih lima tahun atau kedua-duanya pula boleh dikenakan ke atas pesalah mengikut Seksyen 4(1) AMLATFA 2001.
Bank Negara menasihatkan orang ramai supaya sentiasa berwaspada dengan skim pelaburan wang yang dianjurkan menerusi Internet, panggilan telefon atau seminar yang dianjurkan oleh individu atau syarikat yang tidak berlesen atau dibenarkan oleh Bank Negara untuk menerima deposit atau menjalankan urus niaga tukaran asing.
Senarai semua institusi berlesen yang menerima deposit boleh didapati di laman web Bank Negara Malaysia di www.bnm.gov.my.
- BERNAMA
Sources:
Bank Negara Malaysia
Bernama