Datuk Shah Rukh Khan?

Rasa nya semua sudah tahu berita ini. Shah Rukh Khan telah mendapat pangkat Datuk dari Kerajaan Negeri Melaka. Sungguh dahsyat Shah Rukh Khan ni kan, sampai dapat pengiktirafan yang tinggi, orang Malaysia sendiri pun susah nak dapat pangkat-pangkat sebegini rupa. Ramai yang kurang faham, kenapa, mengapa, bagaimana beliau boleh mendapat pangkat Datuk?
Beliau pernah berlakon di Afamosa Melaka dalam filem One 2 ka 4. Selepas filem itu di tayangkan, ramai pelancong datang ke Bandar Melaka. Ini merupakan salah satu mengapa beliau di anugerahkan pangkat Datuk.
TK no comment lah pasal benda ni. Kita kena respect keputusan Kerajaan Negeri Melaka. Dan tahniah buat aktor bollywood ini - Shah Rukh Khan!
Lepas ni, mungkin Sean Connery dan Catherine Zeta-Jones juga akan mendapat Datuk, sebab pelakon Hollywood ini pernah berlakon di Menara Berkembar Petronas pada tahun 1999 dalam filem Entrapment. Ye lah, mereka berdua pun pernah berlakon di Kuala Lumpur, bukan saja di Menara Berkembar Petronas yang tertinggi pada masa itu, tetapi juga di beberapa lokasi yang lain.
Kalau itu adalah alasan mereka, maka mari lah kita sama sama mempromosi mana mana tempat menarik di Malaysia, supaya kita dapat Datuk juga ahahahah. Tak masuk akal betul!

Tags: shah rukh khan











