Posts Tagged ‘imran ajmain’
Akademi Fantasia 6 - Lagu Konsert 6

Lagu tugasan minggu 6 sudah pun di beri. Nampak nya ramai yang macam tak puas hati dengan lagu baru ni. Nubhan makan hati dengan Toi yang mendapat lagu kegemaran nya. Nadia pula ingat dia di beri lagu Anita Sarawak yang sekarang menduduki tempat ketiga dalam Carta Era. Stanly macam terkejut dengan apa bila dapat lagu Hazami, kata nya pernah di nyanyi kan sebelum ini. Ya lagu Kata dari Hazami pernah di nyanyi kan sewaktu, AF3 di mana pelajar yang tidak berjaya dalam konsert prelude menyanyi semula pada konsert 1. TK tak ingat nama pelajar tu, yang pasti dari Kuching Sarawak juga. Dan yang paling best, Stacy akan dapat 1 lagi lagu baru. Kalau TK jadi pelajar AF pun, TK makan hati dan cemburu dengan Stacy. Tapi apa kan daya, ini lah hadiah kalau betul betul memberi persembahan yang bagus setiap minggu. Tetapi, nampak nya hadiah sebegini tidak memberi apa apa impak pada pelajar, tidak membakar semangat pelajar yang lain pun. Semua buat ala kadar sahaja. Ini saja lah yang TK nak tulis malam ni. Have a good tuesday!
PELAJAR LELAKI
Nubhan : Generasiku (OAG)
Riz : Seribu Tahun (Imran Ajmain)
Stanly : Kata (Hazami)
Alif : Ketahuan (Matta)
Toi : Tak Bisakah (Peter Pan)
PELAJAR WANITA
Rina : Ular (Anita Sarawak)
Nadia : Rama-rama (Ella)
Stacy : Don’t Speak (No Doubt)

Akademi Fantasia 6 - Lagu Konsert 2

Wah
Boleh tahan juga lagu lagu untuk Konsert 2 ini. Ada beberapa tu, lagu yang TK rasa sangat catchy. Tapi tak tahu lah macam mana pelajar tu nyanyi nanti, dah juga melodi yang telah di ubah. Mungkin meletup, mungkin tidak
.
Saida dapat lagu yang berentak nakal. Macam mana lah rupa nya ye. Adakah Saida jenis yang diam diam tapi berisi
?
Nadia pula dapat lagu yang sepatutnya dinyanyi kan oleh Ika pada Konsert 1 lepas. Tadi dalam Diari, ada preview Nadia nyanyi lagu ni. Memang sesuai dengan dia. Pasti afundi dia naik lepas ni.
Yang mungkin di tunggu tunggu adalah lagu dangdut. Semestinya dalam AF ni, lagu dangdut selalu mendapat sambutan. Tapi Akma AF3 terkeluar pula dengan gelek nya
Lufya pula macam mana
Rina dapat lagu balada. Suara dia kasar, macam mana lah bunyi nya. TK tak dapat imagine lagi ni
Stacy pula, TK tak pasti lah lagu siapa tu. Tak pernah dengar pula. Dan Ika, dapat lagu Dina - hmmm mungkin dia boleh bawa.
Pelajar Wanita
Dokter Cinta - Dewi-Dewi: Dinyanyikan oleh Saida
Umbrella - Rihanna: Dinyanyikan oleh Nadia
Rela - Tila: Dinyanyikan oleh Stacy
Cintaku 100 % - Mas Idayu : Dinyanyikan oleh Lufya
Malu Tapi Malu - Dina: Dinyanyikan oleh Ika
Ku Seru - Misha Omar: Dinyanyikan oleh Rina
Faisal bawa lagu rock? Bak kata Pengetua tadi, lagu ni nasyid untuk tahun 3030. Perli ke tu
Toi dapat lagu M.Nasir, alamak macam mana lah bunyi nye tu. Riz, Stanly, Naim, dan Alif dapat lagu yang kira nya meletup juga lah di radio. Tapi Nubhan dapat lagu yang bunyi bunyi Indon lagi. Macam tak de perubahan lah ni ye.
Pelajar Lelaki
Ranggi Metropolis - Wings: Dinyanyikan oleh Faisal
Sang Pecinta - M. Nasir: Dinyanyikan oleh Toi
Separuh Masa - De Lima: Dinyanyikan oleh Riz
Sudah Tu Sudah - Imran Ajmain: Dinyanyikan oleh Stanly
Aspalela - Saiful Apek : Dinyanyikan oleh Naim
Angan Dan Sedar - Mawi: Dinyanyikan oleh Alif
Tak Bisa Memilihmu - 6th Sense: Dinyanyikan oleh Nubhan
Apa-apa pun, kita tengok perkembangan pelajar-pelajar AF6 di dalam Diari nanti. Daa!






