Download MP3 AF6 - Konsert 5

Nubhan : Kembali Senyum
Riz : Time Is Running Out
Stanly : Umi
Alif : Hai
Toi : Beautiful Girls
Rina : Sorga Dan Neraka
Nadia : Kalis Rindu
Saida : Bila Bunga Berguguran
Stacy : Makhluk Tuhan Paling Sexy


Nubhan : Kembali Senyum
Riz : Time Is Running Out
Stanly : Umi
Alif : Hai
Toi : Beautiful Girls
Rina : Sorga Dan Neraka
Nadia : Kalis Rindu
Saida : Bila Bunga Berguguran
Stacy : Makhluk Tuhan Paling Sexy


Konsert 5 Akademi Fantasia 6 pada malam sabtu lepas, tidak lah begitu membosankan. Nasib baik ada performance yang TK tunggu tunggu kan. Dan nasib baik ada lagu yang best best. Tidak kurang juga ada lagu best bertukar menjadi hancur :mrgreen: Lawak sebelum persembahan Saida memang menjadi. Dan lawan Ogy sewaktu mengkritik Saida, memang kelakar. Hetty Koes Endang juga tidak kurang lawak nya, dengan nama baru Ogy iaitu Ibu Kartini. Cuma TK agak kurang senang, apabila ASTRO seperti mahu cepat bahagian kritik di habiskan oleh pengkritik. Bukan kan kritikan pengkritik itu bermafaat kepada pelajar, kenapa harus di cepat kan. Biar lah mereka habis semua komen-komen tu. Lagipun Akademi Fantasia di siar kan dalam racangan ASTRO sendiri, kenapa harus takut lari masa, bukan nya AF ni di siar kan di TV3, atau RTM kan. Dekat situ je lah masalah nya, bukan senang nak jemput Hetty Koes Endang mengkritik, tapi bila dah dapat, di suruh buat sekejep sekejap saja. Such a waste lah. TK rasa kritikan Hetty Koes Endang itu sangat lah bagus. Ok lah, di bawah ni TK review setiap persembahan, ini personal review ya.

Stacy - TK sangat suka Stacy ni. Dari minggu ke minggu tidak pernah menghampakan. Vokal dah ada, menari dah pandai, apa lagi, bak kata Hetty Koes Endang, sudah menjadi superstar. Hopefully Stacy ke final dan terus menjadi juara dari Sabah yang pertama. Lagu lagu seperti malam sabtu lepas sangat sesuai untuk Stacy.

Nadia - Dia ni pun TK suka. Ada peningkatan, vokal yang menarik. Rupa paras pun ada. TK harap dia pun masuk ke final. Untuk minggu seterus nya, hopefully di beri lagu lagu balada yang tinggi tinggi. Nak juga dengar dia bawa lagu jenis begitu.

Riz - Riz salah satu pelajar lelaki yang sangat baik performance dia dari setiap minggu. Tidak menghampakan. Bagi saja apa jenis lagu, mesti boleh nyanyi.

RIna - Tidak pernah menghampakan. Sentiasa memberi yang terbaik pada setiap konsert. Itu saja yang TK dapat cakap. Nampak sangat perbezaan macam mana orang tua dan orang muda menguruskan sesuatu tugas. Ofcourse yang tua akan lebih tahu dari yang muda. Dan ini nampak sangat. Tidak sia sia ASTRO pilih Mama Rina untuk masuk AF, mungkin ini satu cara untuk membakar semangat orang muda dalam AF tu.

Stanly - Vokal mengancam, tapi dia ni suka buat sesuatu yang baru lah. Mungkin dalam AF, orang susah nak terima bila dia buat style sendiri dalam lagu lagu. TK rasa, Stanly sepatut nya join One In A Million, di mana, pelajar di beri peluang untuk mengubah lagu lagu itu. TK tak pernah dengan lagu Ummi sebelum ni, lepas dengar original version, baru TK tahu kenapa waktu Stanly nyanyi lagu ni macam bosan. Memang lagu original dia pun macam tu. Dan lagu Ummi ni tak de lah sedih sangat, sebab dalam melodi dan tune Blues. Stanly memang sudah bersedia dalam industri ini, hopefully dia juga ke final.

Saida - Saida nampak banyak bercakap minggu 5 ni. Nampak mula confident di atas pentas. Tapi sayang, dia di keluar kan minggu 5. Saida memang ada tone sendiri, cuma TK rasa dia ni masih confuse dan lost dengan apa yang dia nak. Yes memang dia banyak tunduk kan. Saida kena belajar banyak dari adik dia Dato Siti Nurhaliza lepas ni. Sebab TK rasa, dia boleh pergi jauh. Cantik! Ok lah tu! Good luck Saida!

Alif - Memang ada peningkatan, tapi TK rasa dia ni belum bersedia sepenuhnya lah. TK masih tak dapat tahu jenis lagu yang sesuai dengan dia sebenar nya. Performances dia macam floating, terapung-apung tak tahu mana nak pergi. Starting rap tu sudah pancit. Yang pasti, Alif ni ramai peminat, sungguh sayang dia tidak memberi sepenuhnya pada peminat dia. Setakat asal boleh saja.

Nubhan - Aduh kenapa dengan penampilan dan nyanyian dia? Macam koboi. Lepas tu Justin Timberlake keluar. Akhir tu Michael Jackson keluar. TK rasa kalau fashion dia di beri style style korea atau Jepun lagi mengancam dan sesuai. Suara dah ada, tapi Nubhan ni pun macam tak ready juga. Macam lost, tak tahu apa nak buat. Pergerakkan dia juga kaku dan suka buat kepala ala ala RnB Dayang Nurfaizah. Lagu Izwan Pilus ini juga menjadi hancur. Agak nya dia tak pernah dengar lagu ni sebelum ini.

Toi - Sangat menurun lah performance dia ni. Tak tahu apa nak jadi. Sangat lah membosankan dia bawa lagu Sean Kingston. Kalau mawi boleh bawa lagu inggeris, kenapa tidak yang lain. Tetap Mawi masih dengan aura dia lah kan. TK target Toi akan keluar minggu 5, tapi tidak.

Maka, terkeluar lah Saida (Ok lah tu) pada konsert ke 5. TK rasa dia tidak lah teruk sangat pada konsert ini, jika keputusan berdasarkan pada performance lah. Tapi tak mengapa, orang cantik macam Saida, dan mempunyai Adik yang popular di satu dunia tu, rasa dia Saida boleh naik sendiri dengan bantuan keluarga. Mungkin masuk di bawah syarikat rakaman adik nya sendiri. Siapa lagi nak tolong kita kalau bukan keluarga sendiri kan. Kalau you all tengok APM 2008 semalam, dengar tak Siti Nurhaliza sebut “OK LAH TU” waktu dia ambil anugerah tu. Comel sangat!


Tadi TK ronda ronda dekat internet ni. Termasuk lah dekat beberapa laman web fan club pelajar pelajar Akademi Fantasia 6 ni. Memang agak lambat juga “the making of” laman web FC AF6 ni kan. Tidak macam AF musim-musim yang lepas, di mana, laman web atau website atau blog adalah harus/wajid ada untuk dijadikan tempat meluahkan perasaan dan berbincang strategi.
Tidak kurang juga, ada laman web yang dikatakan marvelous! Maksudnya lawa, contoh seperti website official Ebi Kornelis, dan Mila. Yang lain lain tu OK saja lah design nya. TK pernah dengar laman web Ebi Kornelis tu mencecah RM beribu tau. Package baik punya, termasuk semua sekali. Rasa nya murah lah tu kan. Ye lah, nak yang terbaik, kena bagi sumbangan. Nak yang free, jangan complaint.
Apa apa pun, berbalik semula pada laman web fan club pelajar pelajar AF6 musim ini. Kat bawah ni TK dah list kan, ada yang tak de tu, mungkin TK tak jumpa lagi, atau memang tak ada laman web. Yang penting, laman web pertama antara dia orang ini adalah Saida - OK lah tu
. Kalau tak silap TK, Nadia saja ada 3 laman web, kalau tak silap lah… atau salah tengok tadi
.Kesemua laman web ini, tidak ada yang menarik perhatian TK. Design dan platform, semua nya standard saja, ada yang guna CMS, wordpress, dan blogspot. Tidak ada yang secangging Ebi Kornelis dot com lagi. Tak apa, pelahan-pelahan, nanti mesti lawa dan meletup


Nampak gaya nya AF6 tidak putus-putus bagi lagu yang meletup. Especially lagu Stacy. Wah adakah Stacy akan jadi Makhluk Tuhan Paling Seksi malam sabtu ini? Sesuai kot lagu Mulan Jameela tu dengan dia. Tak tahu samada Nubhan dapat bawa lagu Izwan Pilus tu ke tak. Kejap, biar TK imagine Andy Flop Poppy yang nyanyi lagu Kembali Senyum tu. Ye lah TK rasa suara Nubhan ni ala ala Andy Flop Poppy. Serak-serak basah. Tidak yakin denga Alif lah, dulu lagu Sayang Sayang dia tak dapat bawa. Ini lagu Adam AF? Waduh, parah ni. Stanly dapat lagu Umi, rasa-rasa adakah dia akan menjadi terlalu emotional? Dia kan anak mak, dan dengar cerita Stanly ni anak angkat? Toi & Riz, hmmm lagu Toi tu memang famous, tapi boleh ke? Lagu Riz, TK jarang-jarang dengar lagu Muse ni, tapi rasa nya Riz boleh bawa lagu ni. Eh, Rina bawa lagu Dangdut kan? Mesti syok giler nih! Tak sabar nak tengok Mama Rina! Saida dan Nadia pula, Saida dapat lagu pengkritik tetap, aiyo! tak berani nak masuk campur. Hopefully minggu ni Saida tunjuk keberanian atas pentas, tak mau malu malu lagi dah. Nadia dapat lagu hot juga ni, Elyana. Macam mana lah rupa dia eh, mesti boleh!
PELAJAR LELAKI
Nubhan : Kembali Senyum (Izwan Pilus)
Riz : Time Is Running Out (Muse)
Stanly : Umi (Dato’ Shake)
Alif : Hai (Adam)
Toi : Beautiful Girls (Sean Kingston)
PELAJAR WANITA
Rina : Sorga Dan Neraka (Hetty Koes Endang)
Nadia : Kalis Rindu (Elyana)
Saida : Bila Bunga Berguguran (Fauziah Ahmad Daud)
Stacy : Makhluk Tuhan Paling Sexy (Mulan)


![]()
Nubhan : Cinta Hampa (D’Llyod)
Riz : Marabahaya (Pop Shuvit)
Faisal : Joget Bunga Melati (Halil Chik)
Stanly : Kasih Tercipta (Faizal Tahir)
Alif : Menghapus Jejakmu (Peterpan)
Toi : Laukku Cukup Masin (Spider)
Rina : Terbang Helang (Datuk Sharifah Aini)
Nadia : Mengapa Di Rindu (Saloma)
Saida : Hati Kama (Datuk Siti Nurhaliza & Noraniza Idris)
Stacy : Cinta Terlarang (Stacy)
